Filem 'Mojoku Hilang' Pamer Keindahan Perlis, 90% Penggambaran di Negeri Itu
Filem 'Mojoku Hilang' Pamer Keindahan Perlis

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat ke tayangan perdana filem romantik komedi 'Mojoku Hilang' di TGV Suria KLCC, Kuala Lumpur, malam tadi. Turut berangkat Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, serta puteri baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Majlis Tayangan Perdana Diraja

Majlis tayangan perdana itu dianjurkan oleh Astro Shaw bagi meraikan pelancaran filem arahan Min Lim yang menampilkan gandingan pelakon Malaysia, Mimi Lana, dan pelakon Indonesia, Adipati Dolken. Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menyempurnakan simbolik perasmian sebagai tanda sokongan terhadap perkembangan industri kreatif tempatan, khususnya karya yang mengetengahkan destinasi pelancongan dalam negara.

90% Penggambaran di Perlis

Kira-kira 90% penggambaran filem 'Mojoku Hilang' dijalankan di Perlis dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), sekali gus menjadikan negeri berkenaan sebagai latar utama penceritaan. Antara lokasi yang diketengahkan ialah Kampung Wai di Kuala Perlis, Tasik Timah Tasoh serta beberapa destinasi lain yang memaparkan keindahan alam semula jadi, warisan budaya dan keunikan negeri itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Potensi Promosi Pelancongan

Penghasilan filem berkenaan juga dilihat berpotensi mempromosikan sektor pelancongan Perlis menerusi medium seni dan hiburan, selaras dengan kempen Tahun Melawat Perlis 2024-2026. Menurut penganjur, kerjasama dengan YTSP membolehkan penggambaran dijalankan di lokasi ikonik yang jarang dipaparkan di layar perak, sekaligus memberi peluang kepada penonton untuk mengenali keindahan Perlis.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga