Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen
Harga RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Harga RON97 dan RON95 Tanpa Subsidi Turun

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 serta RON95 tanpa subsidi masing-masing turun 20 sen dan 15 sen mulai esok, manakala harga diesel di Semenanjung juga turun 10 sen, menurut Kementerian Kewangan.

Harga RON97 ditetapkan pada RM4.65 seliter berbanding RM4.85 seliter sebelum ini, manakala harga RON95 ditetapkan pada RM3.92 seliter, turun daripada RM4.07 seliter. Harga diesel di Semenanjung pula ditetapkan pada RM4.87 seliter, turun daripada RM4.97 seliter. Harga bahan api tersebut berkuat kuasa hingga 3 Jun.

Sementara itu, harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 kekal RM1.99 seliter, manakala diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak berubah pada RM2.15 seliter. Bagi petrol bersubsidi di bawah sistem kawalan petrol bersubsidi (SKPS), harganya kekal RM2.05 seliter, dan diesel bersubsidi di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi (SKDS) juga kekal pada RM2.15 seliter.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga minyak mentah Brent mutakhir ini kekal melepasi USD100 setong, iaitu lebih 50% lebih tinggi berbanding paras prakonflik sekitar USD60 hingga USD70 setong. Keadaan ini turut disertai peningkatan kos penghantaran dan premium insurans akibat risiko laluan perdagangan di zon konflik.

Kerajaan menyeru rakyat agar terus mengamalkan penggunaan bahan api secara berhemat bagi membantu memanjangkan bekalan negara.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga