Ringgit dibuka tinggi mata wang utama, lemah dolar AS
Ringgit dibuka tinggi mata wang utama, lemah dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Rabu apabila permintaan terhadap greenback semakin kukuh berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Prestasi Ringgit pada Pembukaan

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan melemah kepada 4.0745/0830 berbanding dolar AS daripada 4.0685/0735 pada penutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran kewangan global dijangka kekal dalam mod mengelak risiko susulan serangan tentera AS terhadap pasukan Iran dan keputusan Jabatan Perbendaharaan AS untuk membatalkan pengecualian terhadap penjualan minyak Iran.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Ini menunjukkan gencatan senjata masih rapuh, mendorong kenaikan harga minyak Brent sebanyak 6.13 peratus kepada AS$76.40 setong,” katanya kepada Bernama.

Ringgit Kukuh Berbanding Mata Wang Utama

Pada pembukaan, ringgit mengukuh berbanding sekumpulan mata wang utama. Ia naik berbanding yen Jepun kepada 2.5092/5146 daripada 2.5179/5221 pada penutup Selasa, meningkat berbanding pound British kepada 5.4378/4492 daripada 5.4668/4755, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6453/6550 daripada 4.6696/6771.

Prestasi Berbanding Mata Wang Serantau

Mata wang tempatan juga didagangkan tinggi berbanding kebanyakan mata wang serantau. Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1495/1563 daripada 3.1593/1648, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 226.6/227.1 daripada 226.8/227.2, dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1965/2278 daripada 12.2545/2807.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.63/6.65. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga