SuRIA Home: Rebate RM3,000 untuk galak pemasangan solar bumbung kediaman
SuRIA Home: Rebate RM3,000 untuk galak solar bumbung

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, melancarkan inisiatif Sustainable Rebate and Incentive Assistance (SuRIA) Home untuk membantu rakyat Malaysia mengurangkan bil elektrik melalui pemasangan solar bumbung kediaman. Inisiatif ini dilancarkan ketika negara berhadapan dengan krisis bekalan tenaga global yang berkait dengan konflik di Asia Barat.

Peruntukan RM150 juta untuk rebate solar

Fadillah berkata, sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan untuk inisiatif rebate solar SuRIA Home. Di bawah inisiatif ini, pengguna domestik yang memasang sistem solar di bawah Program Tindakan Peralihan Solar Dipercepat (Solar ATAP) dan memenuhi kriteria kelayakan boleh menerima rebate sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar, sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac.

“Program ini dijangka memberi manfaat kepada antara 45,000 hingga 50,000 buah rumah dengan kapasiti solar kumulatif sekitar 250MW, di samping memperluas penggunaan solar bumbung kediaman di seluruh negara,” katanya semasa pelancaran SuRIA Home bersempena perhimpunan bulanan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Syarat dan tempoh permohonan

Fadillah berkata, program SuRIA Home terbuka kepada pemasangan solar di bawah program Solar ATAP yang mula beroperasi pada atau sebelum 31 Disember 2026, atau sehingga kuota 250MW diisi sepenuhnya, yang mana terdahulu. “Pelaksanaan rebate akan bermula pada 1 Jun 2026 dan akan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya.

Hanya rakyat Malaysia yang merupakan pengguna voltan rendah (LV) domestik individu dan telah berjaya memulakan operasi sistem Solar ATAP mereka dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) layak untuk rebate ini, bagi memastikan bantuan diagihkan secara adil dan telus. Tuntutan rebate dihadkan kepada satu tuntutan bagi setiap individu yang layak.

Mana-mana pihak, termasuk penyedia solar, yang didapati menyalahgunakan sistem permohonan yang disediakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Pembangunan Lestari (SEDA) Malaysia dan TNB boleh disenaraihitamkan daripada menyertai program insentif pada masa hadapan, tambahnya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga