Keluarga dari Perak ke Setiu, nenek 76 tahun maut van terbabas di Jertih
Nenek 76 maut van terbabas di Jertih, 10 cedera

JERTIH, 3 Mei — Seorang wanita tua maut apabila van yang dinaikinya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kampung Anak Ikan di sini pada pukul 1.50 pagi tadi.

Mangsa meninggal di hospital

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahman berkata, Munah Awang, 76, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Besut pada pukul 4.30 pagi.

“Mangsa menaiki sebuah van Toyota Hiace bersama 10 orang lain yang berusia antara 12 hingga 60 tahun, dan dalam perjalanan dari Perak ke Kampung Alor Serdang, Setiu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Siasatan awal mendapati pemandu van, seorang lelaki, hilang kawalan ke atas van yang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Terengganu, lalu terbabas ke tepi jalan dan melanggar sebatang pokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa lain cedera ringan

Beberapa penumpang lain yang mengalami kecederaan ringan turut dihantar ke Hospital Besut untuk rawatan, katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga