Mayat Lelaki Tidak Dikenali Ditemui Terapung di Sungai Kerayong, Cheras
Mayat Lelaki Ditemui Terapung di Sungai Kerayong, Cheras

Mayat Lelaki Tidak Dikenali Ditemui Terapung di Sungai Kerayong, Cheras

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas ditemukan terapung di Sungai Kerayong di sepanjang Jalan Cheras pada petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki yang tidak dikenali itu pada kira-kira jam 5.13 petang.

Menurutnya, polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta petugas perubatan segera ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang lelaki berusia di bawah 30 tahun. Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat lemas kira-kira dua hingga tiga hari lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Rosdi berkata, pemeriksaan fizikal oleh pasukan forensik polis Kuala Lumpur tidak menemui sebarang tanda kekerasan atau unsur jenayah pada mayat tersebut.

Beliau menambah, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Polis masih menunggu keputusan bedah siasat untuk mengenal pasti identiti mangsa dan punca kematian yang lebih tepat.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga