Lima mangsa kapal karam ditemui hidup selepas empat hari hanyut
JAKARTA, 19 Julai — Lima orang yang dilaporkan hilang selepas kapal KM Nurul Salsa karam di perairan Sulawesi Selatan, Indonesia, ditemui dalam keadaan hidup pada Sabtu selepas mengharungi empat hari di laut, menurut agensi mencari dan menyelamat negara itu pada Ahad.
Mangsa-mangsa tersebut diselamatkan berhampiran Pulau Matallang selepas dikesan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan itu. Mereka terselamat dengan cara terapung dan berpegang pada alat pengumpul ikan yang digunakan oleh nelayan tempatan, menurut agensi tersebut.
Lima mangsa terima rawatan perubatan
Kelima-lima mangsa telah menerima rawatan perubatan dan menjalani penilaian lanjut, kata Muhammad Arif Anwar, ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Makassar.
Operasi mencari bagi 20 orang yang masih hilang diteruskan, dengan tambahan kapal dan anggota dikerahkan dari pejabat mencari dan menyelamat di Kendari dan Maumere untuk mengukuhkan operasi merentasi kawasan pencarian yang diperluas, jelasnya. — Bernama-Xinhua



