101 pelajar terselamat dalam kebakaran asrama di Kulim
Kebakaran asrama di Kulim: 101 pelajar selamat

Seramai 101 pelajar lelaki terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas kebakaran berlaku di tingkat atas sebuah asrama di Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah, Jalan Pegawai, Kulim awal pagi ini.

Kebakaran dikesan jam 2.47 pagi

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Abdul Mois Ahmad Mansur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 2.47 pagi, lapor Harian Metro.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim serta Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Operasi turut dibantu oleh Pasukan Bomba Sukarela Lunas dan Kulim.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

65 peratus struktur tingkat atas musnah

Menurut Abdul Mois, kebakaran melibatkan bangunan asrama pelajar lelaki dua tingkat, dengan kira-kira 65 peratus struktur tingkat atas musnah terbakar.

“Tiada sebarang mangsa kerana semua pelajar yang tinggal di asrama berjaya menyelamatkan diri dan berkumpul di lokasi selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran dikawal dalam masa 22 minit

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan air dari tangki Pasukan Bomba Sukarela. Kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.09 pagi, diikuti kerja-kerja overhaul untuk memastikan tiada lagi sumber api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Abdul Mois berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Pelajar yang terjejas difahamkan terdiri daripada pelajar Tingkatan Dua, Tiga, Empat dan Enam.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga