Hajiji nasihat penduduk Sabah bertenang, patuh arahan tsunami
Hajiji nasihat penduduk Sabah bertenang, patuh arahan tsunami

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor menasihatkan penduduk di Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu supaya bertenang serta mematuhi arahan pihak berkuasa susulan amaran tsunami berikutan gempa bumi melanda Mindanao, Filipina pagi tadi.

JPBD Diaktifkan

Hajiji berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di daerah berkenaan telah diaktifkan bagi menangani situasi tersebut. “Adalah penting untuk rakyat kekal bertenang dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa. Kerajaan negeri melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri sedang memantau keadaan itu dengan rapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Amaran Tsunami

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan kenyataan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan berkenaan bermula 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini. Met Malaysia juga melaporkan berlakunya gegaran di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya susulan gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Richter melanda kawasan kepulauan Filipina.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Sementara itu, Bomba Sabah mengesahkan tiada sebarang kerosakan struktur atau peningkatan luar biasa paras air laut di pantai timur negeri itu setakat ini, susulan gempa bumi di Filipina itu. Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah memaklumkan pemantauan rapi di kawasan pesisir pantai, penempatan penduduk dan lokasi berisiko telah digerakkan serta-merta oleh anggota dari Balai Bomba Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.

“Hasil pemantauan mendapati tiada sebarang kerosakan struktur, kejadian luar biasa, peningkatan paras air laut yang membahayakan atau insiden kecemasan dilaporkan di kawasan terlibat. Keadaan semasa adalah terkawal dan selamat,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga