MetMalaysia sahkan tiada ancaman tsunami selepas gempa 5.2 di Mindanao
Gempa 5.2 Mindanao: Tiada ancaman tsunami - MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter telah melanda Mindanao, Filipina pada jam 10.05 pagi tadi.

Tiada ancaman tsunami

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km di selatan Bandar Koronadal.

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Gempa susulan kejadian besar sebelum ini

Gempa terkini ini berlaku beberapa hari selepas gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter melanda selatan Filipina, menjejaskan ratusan ribu orang di Mindanao, dengan gegaran dirasai di beberapa bahagian Tawau dan Semporna di Sabah.

Sehingga Khamis, Majlis Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) Filipina melaporkan 47 kematian, 31 orang hilang dan lebih 346,000 terjejas akibat bencana itu. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga