Banjir Perak: Mangka Berkurang kepada 71 Pagi Ini, Dua PPS Masih Dibuka
Banjir Perak: Mangka Berkurang 71 Pagi Ini

IPOH, 16 Jun — Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak telah menurun kepada 71 orang daripada 27 keluarga pagi ini, berbanding 92 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan hari ini, mangsa-mangsa tersebut ditempatkan di dua PPS, iaitu satu di daerah Larut Matang dan Selama, dan satu lagi di daerah Manjung.

“PPS di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama mencatatkan penurunan kepada 20 mangsa daripada lapan keluarga dari Kampung Batu 25, Kampung Berjaya, Kampung Batu 23 dan Sungai Rotan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“PPS di Sekolah Kebangsaan Beruas di daerah Manjung mencatatkan 51 mangsa daripada 19 keluarga, dari Kampung Kilang, Taman Anggerik Permai dan Kampung Pulau Kabung,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan hujan dan ribut petir pada petang ini di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Muallim dan Batang Padang. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga