Airbus sahkan pembatalan pesanan 15 jet A330-900 AirAsia X
Airbus sahkan pembatalan pesanan 15 jet A330-900 AirAsia X

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Airbus telah mengesahkan bahawa pesanan AirAsia X untuk 15 pesawat Airbus A330-900 telah dibatalkan secara persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.

“Airbus boleh mengesahkan bahawa pesanan itu dibatalkan secara persetujuan bersama,” kata seorang jurucakap Airbus kepada Bernama.

Menurut laporan, pembatalan yang diumumkan sebelum ini berikutan peralihan strategi dalam Kumpulan AirAsia ke arah pesawat narrowbody jarak jauh.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Bagaimanapun, AirAsia X enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Pada mulanya, semua pesawat A330neo yang ditempah oleh AirAsia X adalah model A330-900 yang lebih besar, menawarkan jarak untuk mengendalikan perkhidmatan tanpa henti ke Eropah, termasuk antara Kuala Lumpur dan London.

Lebih awal tahun ini, kumpulan itu telah membuat pesanan untuk 50 pesawat Airbus A321XLR sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaiannya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga