Pemetah getah Thailand didakwa bunuh rakan senegara di Gua Musang
Pemetah getah Thailand didakwa bunuh rakan senegara

PETALING JAYA: Seorang pemetah getah warga Thailand berusia 46 tahun telah didakwa di Mahkamah Majistret Gua Musang atas tuduhan membunuh seorang rakan senegara pada bulan lalu.

Mapaochi Samae mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Tarmizie Nik Shukri. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes pembunuhan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Harian Metro.

Mapaochi didakwa membunuh Manah Maemoh, 48, di sebuah ladang getah di Kampung Pulai, Gua Musang, antara jam 7 malam dan 11 malam pada 18 April lalu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan 12 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Julai untuk sebutan kes sementara menunggu keputusan bedah siasat mangsa.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga