Pemberhentian Sementara Perkhidmatan KTMB di JB Sentral Mulai Esok
Pemberhentian Sementara KTMB di JB Sentral Esok

Pemberhentian Sementara Perkhidmatan Tren di JB Sentral

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Perkhidmatan tren di Stesen JB Sentral akan dihentikan sementara bermula esok bagi memudahkan pelancaran struktur kekuda untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sepanjang tempoh penutupan, penumpang yang terlibat dengan tren ETS EP9535 dan EG9449 akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas pengantara yang disediakan antara Stesen Kempas Baru dan JB Sentral.

Kawasan khas untuk mengambil dan menurunkan penumpang juga akan disediakan di kedua-dua lokasi, dengan kakitangan dan duta ditempatkan di kedua-dua stesen untuk membantu penumpang.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Penumpang dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda dan arahan daripada kakitangan bagi memastikan pergerakan yang selamat dan lancar semasa tempoh penutupan,” menurut kenyataan itu.

Penumpang yang terjejas boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 untuk maklumat lanjut. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga