RTM mohon maaf atas gangguan siaran Piala Dunia Perancis vs Senegal
RTM mohon maaf gangguan siaran Perancis vs Senegal

Penyiar nasional, Radio Televisyen Malaysia (RTM), telah memohon maaf atas gangguan teknikal yang berlaku semasa siaran langsung perlawanan Piala Dunia antara Perancis dan Senegal pada awal pagi tadi.

Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail, berkata gangguan itu disebabkan oleh isu teknikal yang tidak dijangka, menyebabkan sesetengah pengguna sukar mengakses siaran langsung melalui platform RTMKlik.

“Pasukan teknikal RTM dan pembekal perkhidmatan teknologi telah mengambil tindakan segera untuk memulihkan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau menambah, “Kami sentiasa mengambil langkah untuk memperkukuh infrastruktur dan perkhidmatan penyiaran digital RTM bagi mengurangkan risiko gangguan teknikal pada masa hadapan.”

Ashwad turut memberi jaminan bahawa RTM akan terus menambah baik perkhidmatannya supaya baki perlawanan Piala Dunia dapat disiarkan dengan lancar.

RTM dan Unifi TV merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga