Mardi sedia tiga hibrid durian premium baharu, ganti Musang King?
Mardi sedia tiga hibrid durian premium baharu

KUALA KANGSAR, 5 Julai — Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) sedang dalam proses memilih tiga varieti hibrid durian baharu yang berpotensi diperkenalkan sebagai jenis premium bagi memenuhi permintaan industri dan keutamaan pengguna.

25,000 pokok MS88 ditanam di seluruh negara

Ketua Pengarah Mardi, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, berkata setakat ini Mardi telah menanam kira-kira 25,000 pokok durian hibrid MRDI Super 88 (MS88) di seluruh negara, meliputi kawasan seluas 242 hektar, tertumpu di Selangor dan negeri-negeri pantai timur.

“MS88 adalah salah satu daripada tiga varieti durian premium yang dibangunkan oleh Mardi sejak awal tahun 2000-an, bersama-sama MDUR78 dan MDUR79, yang masih popular dalam kalangan peminat durian,” katanya kepada pemberita selepas program Duriotourism Mardi Kuala Kangsar bersama media di Taman Agroteknologi Mardi di sini hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Tiga hibrid baharu dalam penilaian

Mohamad Zabawi berkata, tiga varieti hibrid baharu itu kini sedang dinilai dari segi kualiti buah, penerimaan pengguna, dan kesesuaian untuk ditanam oleh petani. “Setakat ini, kami mempunyai beberapa hibrid yang dikenal pasti untuk dikeluarkan pada masa hadapan, tetapi masih dalam pemilihan. Kami mahu memastikan ia diterima baik oleh pengguna dan sesuai untuk petani,” katanya.

Beliau menambah, nama varieti tersebut belum boleh didedahkan kerana ia dirancang untuk dilancarkan semasa musim durian, membolehkan orang ramai melihat dan merasainya. Menurutnya, inisiatif ini bertujuan untuk memenuhi permintaan industri dan keutamaan pengguna terhadap durian premium.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga