Warga Myanmar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh bekas isteri
Warga Myanmar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh bekas isteri

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas isterinya di Wangsa Maju bulan lalu.

Tertuduh dituduh bunuh bekas isteri di kondominium

Aung Tun Ngwa, 26, dituduh membunuh Merry Yet Ngwa, 33, di hadapan Blok 1 Kondominium Genting Court di Taman Setapak Indah Jaya. Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada 23 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan rotan, jika sabit kesalahan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Izzah Hasan Basri kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pegawai pendakwa M Naresh Kumar hadir bagi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 31 Julai untuk penyerahan dokumen termasuk laporan bedah siasat.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga