Suspek tikam di Banting dakwa dibuli, polis kata belum sah
Suspek tikam di Banting dakwa dibuli, polis kata belum sah

Suspek kes tikam pelajar di sebuah sekolah di Banting memberi alasan tindakannya itu didorong oleh rasa tidak puas hati dan memendam rasa selepas mendakwa menjadi mangsa buli.

Polis: Siasatan awal tidak sahkan buli

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata hasil soal siasat polis terhadap beberapa individu berhubung kes itu pada peringkat ini tidak menjurus ke arah perbuatan buli.

“Siasatan secara menyeluruh masih lagi berlangsung dan belum selesai. Pihak polis meminta masyarakat memberi ruang kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, menurut Berita Harian.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Namun begitu hasil siasatan awal pada peringkat ini kita mendapati, alasan yang diberikan oleh suspek adalah rasa tidak puas hati, boleh dikatakan suspek memendam perasaan terhadap beberapa rakan sekolah yang didakwa membuli suspek.

“Namun, hasil keterangan yang diperoleh setakat ini tidak menjurus kepada berlaku kejadian buli,” tambahnya.

Suspek hadapi tekanan, masalah keluarga

Tambah Shazeli, suspek juga dipercayai berdepan dengan isu tekanan dan mungkin masalah keluarga yang sedang dalam penilaian pakar kaunseling.

Dalam kejadian pagi Isnin lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 cedera di beberapa anggota badan selepas dipercayai ditikam suspek di kawasan sekolah dengan senjata pisau.

Suspek telah direman empat hari sehingga esok untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga