Remaja 14 Tahun Dirogol, Dikurung di Pangsapuri Bukit Kemuning
Remaja 14 Tahun Dirogol, Dikurung di Pangsapuri Bukit Kemuning

SHAH ALAM, 13 Mei — Polis sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai telah mengurung dan merogol seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32, di sini pada hari Isnin.

Suspek Perdaya Mangsa dengan Tawaran Beli Pakej Internet

Ketua Polis Shah Alam, ACP Ramsay Embol, berkata siasatan mendapati suspek diduga memperdaya mangsa dengan menawarkan untuk membeli pakej internet telefon bimbit jika remaja itu membantu mengangkat barang di rumahnya.

“Mangsa kemudiannya diikat sebelum dirogol oleh suspek. Semasa dikurung dan ditinggalkan sendirian di dalam rumah, mangsa berjaya membebaskan diri dan menjerit minta tolong melalui tingkap.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Mangsa dipercayai telah dikurung selama kira-kira tiga jam sebelum diselamatkan oleh seorang jiran yang kemudiannya menghubungi polis,” katanya.

Nasihat Polis: Pantau Pergerakan Kanak-Kanak

Ramsay turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau pergerakan kanak-kanak dan mengingatkan mereka agar tidak mendekati orang yang tidak dikenali bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Suspek telah dikenal pasti, dan usaha sedang dijalankan untuk mengesan suspek. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani di 017-289 2628,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 342, 377C, dan 323 Kanun Keseksaan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga