Rasuah rayuan hukuman mati bekas pelajar bunuh teman wanita
Rayuan hukuman mati bekas pelajar bunuh teman wanita

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan semula hukuman mati terhadap seorang bekas pelajar kolej yang mengaku bersalah membunuh dan membakar teman wanitanya yang sedang hamil tiga tahun lalu.

Keputusan Mahkamah Rayuan

Pada 14 Mei, Mahkamah Rayuan telah menukarkan hukuman mati kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan terhadap Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 23, selepas membenarkan rayuannya.

Peguam Muhammad Nor Tamrin, yang mewakili Muhammad Fakrul Aiman, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan notis rayuan telah difailkan pada 25 Mei.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Pihak kami telah menerima notis tersebut dan anak guam saya tidak akan memfailkan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

“Dia menerima keputusan itu dan menganggap penghakiman itu adil, saksama dan bebas daripada sebarang kesilapan yang memerlukan cabaran lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Muhammad Fakrul Aiman kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Isi Kandungan Rayuan

Menurut notis rayuan, pihak pendakwaan merayu terhadap keseluruhan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun yang menukarkan hukuman mati kepada hukuman penjara 40 tahun dari tarikh tangkap (23 Mei 2023) dan 12 sebatan bagi kesalahan tersebut.

Pada 15 Oktober 2025, Mahkamah Tinggi Klang menjatuhkan hukuman mati terhadap Muhammad Fakrul, 23, selepas mengaku bersalah membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara jam 8.30 malam 22 Mei dan 8 pagi 23 Mei 2023.

Kesalahan itu adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga