KUALA LUMPUR, 14 Mei — Lelaki yang disyaki menyebabkan nahas yang mengorbankan dua orang di sepanjang Jalan Ampang awal bulan ini akan didakwa esok dengan dua tuduhan membunuh.
Menurut laporan New Straits Times (NST), Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, lelaki berusia 24 tahun itu dijadualkan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok.
“Tuduhan itu berkaitan dengan kematian Doraisingam Arumugam dan Menagah Arjunan dalam kejadian pada 2 Mei jam 5.30 pagi,” katanya seperti dipetik.
Terdahulu dilaporkan bahawa motosikal pasangan suami isteri itu telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu suspek di sepanjang Jalan Ampang.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kepala parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



