Lelaki dan empat rakan didakwa bunuh adik lelaki
Lelaki, empat rakan didakwa bunuh adik lelaki

PETALING JAYA: Seorang lelaki dan empat rakannya telah didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh adik lelakinya di Tanjung Rambutan, Perak, minggu lalu.

SK Siri Sakti Vell, 22, dan rakan-rakannya, K Thirucelvan, 33, Shashipal Singh Manmuhan Singh, 36, N Thaneshwaran, 24, dan P Ukenthiran, 35, bersama seorang lagi suspek yang masih bebas, dituduh membunuh SK Kerisnan, 18. Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sekitar Kuil Sri Subramaniar di Jalan Perpaduan Selatan, Tanjung Rambutan, antara jam 1 pagi dan 4 pagi pada 12 Mei lalu.

Mereka didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara sehingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan rotan, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Riduan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin hadir untuk pihak pendakwaan, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 Julai untuk sebutan kes selanjutnya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga