Ketua Polis Daerah di Sarawak disiasat dakwaan ganggu seksual pegawai wanita
KPD Sarawak disiasat dakwaan ganggu seksual pegawai wanita

KUCHING, 18 Mei — Seorang Ketua Polis Daerah (KPD) di Sarawak kini sedang disiasat berhubung dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pegawai wanita.

Pengesahan dan Siasatan

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan kebenaran laporan itu.

“Pada peringkat ini, ia hanyalah satu dakwaan, belum tentu benar. Kami akan menyiasat terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Beliau menambah bahawa kes itu disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Laporan Polis

Terdahulu, mangsa yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang sama, membuat laporan polis mendakwa diganggu oleh pegawai kanan tersebut.

Kejadian tersebut didakwa berlaku di tempat kerja mereka serta di kediaman pegawai berkenaan. — Bernama

Jika anda mengalami keganasan seksual, talian bantuan berikut menawarkan sokongan percuma dan sulit: Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp 019-2615999 (24/7); All Women’s Action Society di 016-2374221/016-2284221 (9.30am-5.30pm); dan Women’s Aid Organisation (WAO) di 03-30008858 atau SMS/WhatsApp TINA 018-9888058 (24/7).

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga