Gelandangan Myanmar Ditahan Lempar Bata Pada Kereta Polis
Gelandangan Myanmar Ditahan Lempar Bata Pada Kereta Polis

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Polis telah menahan seorang gelandangan warga Myanmar selepas dia merosakkan kenderaan polis dengan membaling batu bata di hadapan sebuah hotel di Jalan Hang Lekiu, di sini, pada Rabu.

Butir-butir Tangkapan

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Nuzulan Mohd Din dalam satu kenyataan hari ini berkata lelaki berusia 40-an itu kemudiannya ditahan dengan bantuan orang awam pada pukul 11.57 malam.

Beliau berkata lelaki itu, yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, direman selama tiga hari bermula semalam hingga esok.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kes Disiasat

Nuzulan berkata polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

— Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga