Dua lelaki ditahan tembak rakan ketika memburu, sorok mayat hingga reput
Dua lelaki ditahan tembak rakan, sorok mayat hingga reput

PETALING JAYA: Dua lelaki ditahan kerana tertembak rakan ketika memburu dan menyembunyikan mayat mangsa di kawasan semak. Mayat lelaki dalam lingkungan 50-an itu ditemui di kawasan hutan Kampung Takula, dekat Sipitang, beberapa hari selepas kejadian.

Kronologi kejadian

Ketua Polis Sipitang, Awang Anak Suanda, berkata polis menerima laporan dibuat ahli keluarga atas kehilangan mangsa selepas keluar bersama dua rakannya. “Kes dibuka pada Selasa lalu sebagai kes orang hilang selepas ahli keluarga memaklumkan mangsa keluar pada Jumaat (3 Julai) bersama dua lagi rakannya. “Pada awalnya mereka dikatakan keluar untuk memancing. Dua rakannya pulang pada Ahad, namun mangsa tidak pulang sehingga Selasa menyebabkan ahli keluarga membuat laporan polis,” katanya menurut Sinar Harian.

Penemuan mayat

Beliau berkata, siasatan lanjut membawa kepada maklumat mangsa dipercayai tertembak ketika memburu dan dua rakan mangsa yang ditahan Jumaat lalu membawa polis ke lokasi mayat disembunyikan. “Mayat ditemui dalam keadaan mula mereput. Siasatan awal mendapati suspek bertindak menyembunyikan mayat kerana panik dan takut selepas mangsa maut akibat tertembak.”

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Tindakan polis

Katanya, dua suspek dalam lingkungan 50-an itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dua laras senjata api buatan sendiri jenis bakakuk turut dirampas daripada suspek.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga