Ketua 'Geng Rames' dituduh anggotai kumpulan jenayah terancang
Ketua 'Geng Rames' dituduh anggotai kumpulan jenayah

PETALING JAYA: Ketua kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Rames' dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang antara tahun 2024 hingga tahun lalu.

Tertuduh, Ramesh Govindarajan, 37, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad, lapor Berita Harian.

Menurut kertas pertuduhan, dia didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Rames', satu kesalahan di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan. Kesalahan itu didakwa dilakukan di alamat Kampung Sungai Division dalam Daerah Kuala Muda, Kedah antara Januari 2024 hingga 4 Disember 2025.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Jika sabit kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam S Shatish. Pihak pendakwaan memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sungai Petani kerana kes berkaitan kumpulan jenayah terbabit turut dibicarakan di mahkamah tersebut.

S Shatish turut memohon agar anak guamnya ditahan di Penjara Alor Setar bagi memudahkan lawatan ahli keluarga. Mahkamah membenarkan pemindahan kes ke Mahkamah Tinggi Alor Setar dan tertuduh diperintahkan ditahan di Alor Setar.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga