MAIS sahkan solat Jumaat di Musala IOI City Mall dengan izin Sultan Selangor
MAIS sahkan solat Jumaat di Musala IOI City Mall

Kebenaran solat Jumaat di Musala IOI City Mall dengan izin Sultan

SHAH ALAM, 10 Julai — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan kebenaran mengadakan solat Jumaat di Musala IOI City Mall, Putrajaya telah diberikan mulai 6 September 2024, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid dan Surau Negeri Selangor (JATUMS) dan dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Alasan kebenaran: jarak masjid dan kapasiti jemaah

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin, berkata kelulusan itu diberikan selepas penilaian mendapati premis tersebut menempatkan ramai pekerja lelaki Muslim dan menerima ramai pengunjung Muslim, menyukarkan mereka menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.

“Masjid terdekat dengan premis ialah Masjid Al-Mustaqim Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda, kira-kira 7.6 kilometer, dan Masjid Uniten, Kajang, kira-kira 7.7 kilometer. Kedua-dua masjid tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kebenaran bersifat sementara

Beliau menegaskan kebenaran solat Jumaat di Musala IOI City Mall adalah bersifat sementara dan akan tamat sebaik sahaja masjid baru berhampiran siap dan mampu menampung keperluan jemaah termasuk pekerja di kawasan itu.

Salehuddin berkata MAIS bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus memastikan pengurusan dan pelaksanaan solat Jumaat di negeri itu berjalan dengan teratur, mengikut hukum syarak dan peruntukan undang-undang, bagi menjaga kepentingan umat Islam.

Kenyataan sebelum ini: Sultan belum izin surau pusat beli-belah

Pada Selasa, beliau dalam kenyataan berkata Sultan Sharafuddin belum memberi perkenan untuk mana-mana surau atau musala di pusat beli-belah di negeri itu dibenarkan mengadakan solat Jumaat buat masa ini. Beliau berkata walaupun terdapat satu surau atau musala di pusat beli-belah di Selangor yang telah dibenarkan solat Jumaat, kelulusan itu bersifat sementara kerana tiada masjid berhampiran premis berkenaan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga