Calon Amanah di DUN Maharani tolak dakwaan boikot kempen
Calon Amanah tolak dakwaan boikot kempen di Maharani

MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi DUN Maharani, Taqiuddin Cheman, menolak dakwaan kononnya wujud gerakan dari dalam untuk memboikot kempennya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tiada Gelombang Boikot Besar

Taqiuddin yang mewakili Amanah berkata beliau yakin tiada sebarang gerakan boikot akan dilakukan ahli dan penyokong PH, khususnya Amanah di Maharani. “Kita tak rasa ada ahli nak boikot, mungkin ada seorang dua, tapi dia tak bawa sampai adanya gelombang besar dan ia tak jejaskan kempen kita,” katanya kepada FMT.

Katanya, sepanjang berkempen berjalan, sokongan diberikan jentera kekal pada tahap terbaik, termasuk dari segi bantuan gerak kerja kempen.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Calon Luar Bukan Isu

Taqiuddin juga berkata dakwaan bahawa beliau calon luar adalah tidak berasas kerana beliau sudah lama berkhidmat di Muar dan ahli keluarganya juga menetap di kawasan itu. “Sebenarnya soal calon luar tak jadi isu sebab saya dari zaman muda saya bergerak aktif. Saya juga bekas ketua Pemuda PAS Muar pada 2015 dan kini selaku naib ketua Amanah Muar.

“Soal pemilihan calon, parti telah membuat penelitian dan setiap peringkat menghantar calon, seterusnya (pimpinan pusat) tentukan,” katanya.

Khabar Angin dan Pertandingan

Beliau mengulas khabar angin ada penyokong Amanah yang tidak mahu keluar mengundi selepas didakwa tidak berpuas hati dengan pencalonannya mewakili PH di kerusi berkenaan.

DUN Maharani menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Anuar Hayan (PN), Ashari Md Sarip (BN), Amir Jack (Muda) dan Taqiuddin (PH). Pada PRN Johor lalu, DUN Maharani itu dimenangi Abdul Aziz Talib dari Perikatan Nasional dengan majoriti 1,037 undi dalam saingan enam penjuru.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga