Parti Upko telah mengemukakan permohonan untuk menjadi parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presidennya, Ewon Benedick, dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan bahawa permohonan tersebut diserahkan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor ketika beliau mengetuai delegasi bertemu pengerusi GRS itu hari ini.
Keputusan sebulat suara
“Ini selaras dengan mandat Majlis Tertinggi Upko yang bermesyuarat pada 25 Mei, dan sebulat suara memutuskan untuk menyertai GRS. Keputusan itu telah dibincangkan di peringkat bahagian Upko terlebih dahulu,” katanya.
Upko kini merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri GRS, dengan Ewon menjadi salah seorang daripada tiga timbalan ketua menteri. Parti itu memenangi tiga kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah ke-17 dan kemudiannya memberikan sokongan kepada Hajiji.
Butiran lanjut akan menyusul.



