PRN Johor: BN Menang 48 Kerusi, PH 8, PN Tewas
PRN Johor: BN Menang 48 Kerusi, PH 8, PN Tewas

Barisan Nasional (BN) secara rasmi menang 48 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, mengatasi pencapaiannya empat tahun lalu. Pada PRN 2022, BN memperoleh 40 kerusi. Kemenangan besar itu menyaksikan BN meneruskan mandat daripada rakyat untuk mentadbir negeri berkenaan untuk tempoh lima tahun lagi.

Kemenangan Besar Onn Hafiz Ghazi

Seperti dijangka, Pengerusi BN Johor Onn Hafiz Ghazi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 15,375 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nur Hafiz Roslan. Beliau memperoleh 20,382 undi berbanding 5,007 undi lawannya.

Pakatan Harapan (PH) pula menang lapan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN), Muda, Parti Bersama Malaysia (Bersama), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan bebas tewas di kerusi ditandingi.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Senarai Penuh Keputusan Rasmi PRN Johor

Berikut adalah senarai penuh keputusan rasmi PRN Johor ke-16:

N1. Buloh Kasap

BN – Zahari Sarip (14,054 undi) menang dengan majoriti 8,600 undi. PH – Rozy Razit (5,454 undi). PRN 2022: Zahari Sarip (BN) majoriti 5,377.

N2. Jementah

BN – See Ann Giap (12,522 undi) menang dengan majoriti 913 undi. PH – Ng Kor Sim (11,609 undi), PN – Saifullah Abdul Wahab (2,907 undi). PRN 2022: Ng Kor Sim (PH) majoriti 714.

N3. Pemanis

BN – Anuar Abdul Manap (14,506 undi) menang dengan majoriti 8,380 undi. PH – Jalex Lee (6,126 undi), PN – Dr A Ariventharan (663 undi). PRN 2022: Anuar Abdul Manap (BN) majoriti 4,187.

N4. Kemelah

BN – K Raven Kumar (11,893 undi) menang dengan majoriti 3,838 undi. PH – Afif Abdul Hamid (8,055 undi), PN – Uzzair Ismail (3,545 undi). PRN 2022: N Saraswati (BN) majoriti 1,611.

N5. Tenang

BN – Azahar Ibrahim (8,199 undi) menang dengan majoriti 3,394 undi. PH – Elia Nadira Sabudin (4,805 undi), PN – Normala Sudirman (1,412 undi), Bebas – Siti Aisyah Zobir (164 undi). PRN 2022: Haslinda Salleh (BN) majoriti 1,736.

N6. Bekok

BN – Tan Chong (10,230 undi) menang dengan majoriti 4,263 undi. PH – Tay Yok Jiuen (5,967 undi). PRN 2022: Tan Chong (BN) majoriti 3,569.

N7. Bukit Kepong

BN – Ahmad Syarie Yusof (16,386 undi) menang dengan majoriti 10,761 undi. PN – Dr Sahruddin Jamal (5,625 undi), PH – C Subramani (4,667 undi). PRN 2022: Dr Sahruddin Jamal (PN) majoriti 710.

N8. Bukit Pasir

BN – Fazli Salleh (14,220 undi) menang dengan majoriti 7,600 undi. PH – Najib Lep (6,620 undi), PN – Idzhar Nasirruddin (3,872 undi). PRN 2022: Fazli Salleh (BN) majoriti 198.

N9. Gambir

BN – Sahrihan Hani (13,427 undi) menang dengan majoriti 6,734 undi. PH – Mohd Nor Yusof (6,693 undi), PN – Suraya Sulaiman (1,888 undi). PRN 2022: Sahrihan Jani (BN) majoriti 3,146.

N10. Tangkak

BN – Haw Chin Teck (14,010 undi) menang dengan majoriti 3,182 undi. PH – Ee Chin Li (10,828 undi). PRN 2022: Ee Chin Li (PH) majoriti 372.

N11. Serom

BN – Nadhirah Afiqah Abdull Rahim (17,213 undi) menang dengan majoriti 9,406 undi. PH – Ahmad Nazari Abdul Hamid (7,807 undi), PN – Mahfidz Omar (3,656 undi). PRN 2022: Khairin-Nisa Ismail (BN) majoriti 699.

N12. Bentayan

PH – Ng Yak Howe (13,917 undi) menang dengan majoriti 6,112 undi. BN – Chua Lee Huat (7,805 undi). PRN 2022: Ng Yak Howe (PH) majoriti 7,476.

N13. Simpang Jeram

PH – Nazri Abdul Rahman (12,022 undi) menang dengan majoriti 170 undi. BN – Azman Ismail (11,852 undi), PN – Arshed Yahya @ Awang (3,962 undi), Muda – Ainie Haziqah Shafii (1,467 undi). PRN 2022: Salahuddin Ayub (PH) majoriti 2,399. PRK 2023: Nazri Abdul Rahman (PH) majoriti 3,514.

N14. Bukit Naning

BN – Ghazali Sabari (9,174 undi) menang dengan majoriti 3,610 undi. PH – Ysahrudin Kusni (5,564 undi), PN – Radzi Amin (1,896 undi), Bebas – Jeganathan (586 undi), Bersama – Iskandar Alias (138 undi). PRN 2022: Fuad Tukirin (BN) majoriti 1,535.

N15. Maharani

BN – Ashari Md Sarip (10,570 undi) menang dengan majoriti 2,143 undi. PH – Taqiuddin Cheman (8,427 undi), PN – Anuar Hayan (5,658 undi), Muda – Amir Jack (2,495 undi). PRN 2022: Abdul Aziz Talib (PN) majoriti 1,037.

N16. Sungai Balang

BN – Selamat Takim (13,908 undi) menang dengan majoriti 8,926 undi. PH – Soraya Badaruddin (4,982 undi), PN – Amin Sailan (3,980 undi). PRN 2022: Selamat Takim (BN) majoriti 2,293.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga

N17. Semerah

BN – Fared Khalid (23,206 undi) menang dengan majoriti 15,663 undi. PH – Khuzzan Abu Bakar (7,543 undi), PN – Halim Kepol (3,906 undi). PRN 2022: Fared Khalid (BN) majoriti 4,041.

N18. Sri Medan

BN – Zulkurnain Kamisan (20,090 undi) menang dengan majoriti 15,814 undi. PN – Rosdi Bahari (4,276 undi), PH – Hishamuddin Misrin (2,224 undi). PRN 2022: Zulkurnain Kamisan (BN) majoriti 6,274.

N19. Yong Peng

BN – Ling Tian Soon (13,630 undi) menang dengan majoriti 4,603 undi. PH – Yong Hui Yi (9,027 undi). PRN 2022: Ling Tian Soon (BN) majoriti 2,741.

N20. Semarang

BN – Samsolbari Jamali (17,374 undi) menang dengan majoriti 14,679 undi. PN – Syafiq Aziz (2,695 undi), PH – Ramli Hamid (2,205 undi). PRN 2022: Samsolbari Jamali (BN) majoriti 5,846.

N21. Parit Yaani

BN – Najib Samuri (19,665 undi) menang dengan majoriti 7,620 undi. PH – Ezam Taslim (12,045 undi). PRN 2022: Najib Samuri (BN) majoriti 294.

N22. Parit Raja

BN – Rashidah Ramli (19,752 undi) menang dengan majoriti 13,576 undi. PH – Shazwan Zdainal (6,176 undi), PN – Maliki Rapiee (2,617 undi). PRN 2022: Rashidah Ramli (BN) majoriti 4,219.

N23. Penggaram

PH – Felicia Poh Rui Ling (24,522 undi) menang dengan majoriti 4,137 undi. BN – Boo Chin Liong (20,385 undi). PRN 2022: Gan Peck Cheng (PH) majoriti 9,956.

N24. Senggarang

BN – Yusla Ismail (16,797 undi) menang dengan majoriti 7,916 undi. PH – Onn Abu Bakar (8,881 undi), PN – Rashid Hasnon (2,058 undi). PRN 2022: Yusla Ismail (BN) majoriti 3,912.

N25. Rengit

BN – Zaidi Japar (14,826 undi) menang dengan majoriti 10,817 undi. PH – Yazid Bakri (4,009 undi), PN – Syed Mohamad Syed Alwi (1,739 undi). PRN 2022: Puad Zarkashi (BN) majoriti 1,920.

N26. Machap

BN – Onn Hafiz Ghazi (20,382 undi) menang dengan majoriti 15,375 undi. PH – Nur Hafiz Roslan (5,007 undi). PRN 2022: Onn Hafiz Ghazi (BN) majoriti 6,543.

N27. Layang-Layang

BN – Chua Jian Boon (11,579 undi) menang dengan majoriti 7,912 undi. PH – Guna Balakrishnan (3,667 undi), PN – Abd Mutalip Abd Rahim (1,993 undi). PRN 2022: Abd Mutalip Abd Rahim (BN) majoriti 2,815.

N28. Mengkibol

PH – Chu Poh Yee (23,768 undi) menang dengan majoriti 4,213 undi. BN – Yap Zhi Peng (19,555 undi). PRN 2022: Chew Chong Sin (PH) majoriti 10,107.

N29. Mahkota

BN – Syed Hussien Syed Abdullah (30,398 undi) menang dengan majoriti 16,645 undi. PH – Ahmad Zuhan Zain (13,753 undi), Bersama – Abdul Hamid Ali (1,546 undi). PRN 2022: Sharifah Azizah Syed Zain (BN) majoriti 5,166. PRK 2024: Syed Hussien Syed Abdullah (BN) majoriti 20,648.

N30. Paloh

BN – Lee Ting Han (11,181 undi) menang dengan majoriti 6,199 undi. PH – Ruben Arumungum (4,982 undi), PN – D Jeevakumar (571 undi), Bebas – G Kamaleswaran (105 undi). PRN 2022: Lee Ting Han (BN) majoriti 3,176.

N31. Kahang

BN – V Rugendran (15,251 undi) menang dengan majoriti 12,013 undi. PH – Sabri Kadir (3,238 undi), PN – Mazlan Bujang (2,771 undi). PRN 2022: R Vidyananthan (BN) majoriti 6,698.

N32. Endau

BN – Alwiyah Talib (9,529 undi) menang dengan majoriti 3,545 undi. PN – Hasnul Hakimi Hussien (5,984 undi), PH – Saiful Nizam Samat (2,552 undi), Parti Orang Asli – Jati Awang (394 undi). PRN 2022: Alwiyah Talib (PN) majoriti 3,041.

N33. Tenggaroh

BN – Youzaimi Yusof (19,170 undi) menang dengan majoriti 15,258 undi. PN – Amerul Muhamad (3,912 undi), PH – Yusof Dawam (2,623 undi). PRN 2022: K Raven Kumar (BN) majoriti 1,356.

N34. Panti

BN – Naqib Ghazali (22,823 undi) menang dengan majoriti 18,948 undi. PH – Daniel Sharudin (3,875 undi), PN – Alias Rasman (3,115 undi). PRN 2022: Hahasrin Hashim (BN) majoriti 5,854.

N35. Pasir Raja

BN – Dr Adham Baba (15,931 undi) menang dengan majoriti 12,446 undi. PH – Fakharuddin Moslim (3,485 undi), PN – Yuhanita Yunan (1,853 undi). PRN 2022: Rashidah Ismail (BN) majoriti 4,888.

N36. Sedili

BN – Muszaide Makmor (18,790 undi) menang dengan majoriti 16,213 undi. PN – Rasman Ithnain (2,577 undi), PH – Amirul Huzni Onn (693 undi). PRN 2022: Muszaide Makmor (BN) majoriti 5,679.

N37. Johor Lama

BN – Norlizah Noh (19,038 undi) menang dengan majoriti 16,344 undi. PH – Danish Rahman (2,694 undi), PN – Aisah Esa (2,097 undi). PRN 2022: Norlizah Noh (BN) majoriti 6,039.

N38. Penawar

BN – Fauziah Misri (19,213 undi) menang dengan majoriti 15,776 undi. PN – Fairulnizar Rahmat (3,437 undi), PH – Sawaludin Salleh (747 undi). PRN 2022: Fauziah Misri (BN) majoriti 7,505.

N39. Tanjung Surat

BN – Aznan Tamin (17,473 undi) menang dengan majoriti 15,642 undi. PH – Faizul Abdul Ghani (1,831 undi). PRN 2022: Aznan Tamin (BN) majoriti 5,903.

N40. Tiram

BN – Abdul Halim Suleiman (49,965 undi) menang dengan majoriti 28,255 undi. PH – Nor Zulaila Abd Ghani (21,710 undi), PN – Khirul Muntanazar Ismail (9,225 undi), Bersama – Harith Fakhrudin Abdul Malik (2,229 undi). PRN 2022: Azizul Bachok (BN) majoriti 5,281.

N41. Puteri Wangsa

PH – Maszlee Malik menang. BN – Teow Chia Ling, Muda – Rashifa Aljuneid, Bersama – Nicholas Paul Vincent, Bebas – Wang Wee Siong. Majoriti: belum diumumkan. PRN 2022: Amira Aisya Abd Aziz (Muda) majoriti 7,114.

N42. Johor Jaya

BN – Chan San San (35,971 undi) menang dengan majoriti 7,268 undi. PH – Lee Wern Ying (28,703 undi), Bersama – Lau Yi Leong (2,051 undi), Bebas – HP Lim (195 undi). PRN 2022: Liow Cai Tung (PH) majoriti 1,922.

N43. Permas

BN – Baharudin Taib (51,274 undi) menang dengan majoriti 29,505 undi. PH – Teo Siew Hui (21,769 undi), Bersama – Dr Zamil Najwah (3,147 undi), PN – T Vela (2,972 undi). PRN 2022: Baharudin Taib (BN) majoriti 7,926.

N44. Larkin

BN – Hairi Mad Shah (33,882 undi) menang dengan majoriti 20,282 undi. PH – Suhaizan Kaiat (13,600 undi), Bersama – Norsinah Abu (2,737 undi). PRN 2022: Hairi Mad Shah (BN) majoriti 6,178.

N45. Stulang

PH – Andrew Chen (17,560 undi) menang dengan majoriti 623 undi. BN – Bong Seng Heng (16,937 undi), Bersama – Stanley Tan (1,372 undi), PN – Lim Chin Eng (1,238 undi). PRN 2022: Andrew Chen (PH) majoriti 2,866.

N46. Perling

BN – Pannir Selvam (33,468 undi) menang dengan majoriti 1,611 undi. PH – Tee Boon Tsong (31,857 undi), Bersama – Boo Wei Han (2,996 undi). PRN 2022: Liew Chin Tong (PH) majoriti 3,347.

N47. Kempas

BN – Ramlee Bohani (28,146 undi) menang dengan majoriti 14,953 undi. PH – Faezuddin Puad (13,193 undi), Bersama – Salamahafifi Yusnaieny (1,817 undi). PRN 2022: Ramlee Bohani (BN) majoriti 3,514.

N48. Skudai

PH – Kartiyaini Jeyapalan (39,821 undi) menang dengan majoriti 15,280 undi. BN – Tan Hiang Kee (24,541 undi), Bersama – Eugene Chua Meng Hong (2,471 undi), PSM – Amir Syafiq Ameer Soekre (964 undi). PRN 2022: Marina Ibrahim (PH) majoriti 13,943.

N49. Kota Iskandar

BN – Pandak Ahmad (52,892 undi) menang dengan majoriti 21,206 undi. PH – Dzulkefly Ahmad (31,686 undi), PN – SS Anna Pravina (3,249 undi), Bersama – Sahrudin Omar (2,691 undi). PRN 2022: Pandak Ahmad (BN) majoriti 4,360.

N50. Bukit Permai

BN – Jafni Shukor (21,870 undi) menang dengan majoriti 12,721 undi. PH – Shafwan Ani (9,149 undi), Bersama – Aidil Riduan Yusof (792 undi), PN – M Lina Manoh (741 undi). PRN 2022: Jafni Shukor (BN) majoriti 4,755.

N51. Bukit Batu

BN – R Kumaran (16,899 undi) menang dengan majoriti 174 undi. PH – Arthur Chiong (16,725 undi), Bersama – G Tamili (821 undi), Bebas – Kamaruzaman Ali (599 undi), Muda – Premanand Maniam (387 undi). PRN 2022: Arthur Chiong (PH) majoriti 137.

N52. Senai

PH – Wong Bor Yang (24,007 undi) menang dengan majoriti 3,595 undi. BN – Tai Chee Chee (20,412 undi), Bersama – Tew Chian How (1,676 undi). PRN 2022: Wong Bor Yang (PH) majoriti 5,921.

N53. Benut

BN – Sumali Reduan (18,492 undi) menang dengan majoriti 15,701 undi. PH – Abdul Razak Ismail (2,791 undi). PRN 2022: Hasni Mohammad (BN) majoriti 5,859.

N54. Pulai Sebatang

BN – Hasrunizah Hassan (23,376 undi) menang dengan majoriti 13,590 undi. PH – Haniff Hosman (9,786 undi). PRN 2022: Hasrunizah Hassan (BN) majoriti 6,325.

N55. Pekan Nanas

BN – Tan Eng Meng (19,951 undi) menang dengan majoriti 12,281 undi. PH – Yeo Tun Siong (7,670 undi). PRN 2022: Tan Eng Meng (BN) majoriti 4,835.

N56. Kukup

BN – Israk Abdullah (18,399 undi) menang dengan majoriti 11,354 undi. PH – Cheah Chee Hong (7,045 undi). PRN 2022: Jefridin Atan (BN) majoriti 8,201.