Menteri Pertahanan ucap tahniah TLDM ulang tahun ke-92, janji aset lebih mantap
Menteri Pertahanan ucap tahniah TLDM ke-92, janji aset lebih mantap

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menzahirkan ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-92 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang disambut pada hari ini.

Dalam satu hantaran di Facebook, beliau menyatakan bahawa 27 April merupakan tarikh bersejarah bagi TLDM yang menjadi barisan hadapan pertahanan maritim negara dalam menjaga kedaulatan negara.

Beliau menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan keupayaan aset dan kesiapsiagaan operasi TLDM, di samping memastikan kebajikan anggota terus menjadi keutamaan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

"Atas nama negara, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai, anggota dan veteran TLDM atas perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan dalam mempertahankan kedaulatan maritim negara. Perkhidmatan anda sentiasa dihargai dan tidak akan dilupakan," katanya.

"Semoga TLDM terus cemerlang, tabah di lautan dan sentiasa diberkati dalam menjalankan tugas kepada negara," tambah beliau. – Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga