Bukit Aman umum pertukaran empat pegawai kanan polis
Bukit Aman umum pertukaran empat pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanan, membabitkan jawatan di Bukit Aman dan kontinjen negeri.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Bukit Aman, Julina Salehuddin berkata, Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Alwi Zainal Abidin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu, manakala Setiausaha Polis, Abdul Rahman Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Ketua JPJKK Pahang, Noor Yusof Ali dilantik sebagai Setiausaha Polis,” kata Julina dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, semua pertukaran akan berkuat kuasa pada 15 Jun.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga