Anwar mahu PKR Pandan kekal bersatu, pertahan kerusi Parlimen
Anwar mahu PKR Pandan kekal bersatu, pertahan kerusi

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh anggota PKR Cabang Pandan agar terus mengekalkan perpaduan dan memperkukuh jentera parti bagi memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal menjadi kubu kuat parti itu.

Perkara ini dikongsikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Tengku Zafrul Aziz, menerusi hantaran di platform X. Menurutnya, pesanan tersebut disampaikan Anwar ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Pandan yang diatur sempena Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Johor Bahru baru-baru ini.

“Dalam pertemuan ini, pimpinan Pandan menyatakan kesetiaan kepada parti serta komitmen untuk memperkukuh gerak kerja di Cabang Pandan. Presiden turut berpesan agar amanat ini disampaikan kepada seluruh anggota Keadilan Pandan: kekalkan kesatuan, gerakkan jentera dan pastikan Parlimen Pandan terus kekal milik Keadilan,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Ahad lalu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, yang juga bekas timbalan presiden PKR, mengumumkan keluar daripada parti itu dan mengosongkan kerusi Parlimen. Beliau yang kini mengambil alih pimpinan Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Rafizi sebelum ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada Mei 2025 selepas tewas dalam pemilihan parti.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga