Kategori : Kerajaan Negeri


Tiada rundingan dengan BN, PN untuk sokongan

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menegaskan tiada rundingan dengan ADUN BN atau PN untuk mendapatkan sokongan. Kerajaan negeri akan berfungsi sebagai kerajaan minoriti buat masa ini.

PAS sah tanding 16 kerusi PRN Melaka, cabar KM

PAS mengesahkan bertanding 16 kerusi pada PRN Melaka termasuk mencabar Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh di DUN Tanjung Bidara. Pesuruhjaya PAS Melaka, Zulkifli Ismail, berkata ketetapan itu dibuat sebagai persediaan menghadapi PRN dijangka tahun ini.

Stok Beras Negara Capai 300,000 Tan, Bekalan Stabil

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengumumkan stok beras negara mencapai 300,000 tan. Beliau memberi jaminan bekalan makanan terkawal, namun kerajaan berwaspada terhadap kenaikan kos import dan bahan api.

Aminuddin nafi pelantikan exco bayangan

Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan pelantikan barisan exco bayangan bagi mengisi empat kekosongan yang ditinggalkan oleh ADUN Umno yang menarik sokongan.

UMNO NS mohon menghadap Tuanku Muhriz

UMNO Negeri Sembilan memohon menghadap Yang di-Pertuan Besar untuk memaklumkan penarikan sokongan 14 ADUN BN terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun.

Krisis NS diselesaikan secara politik: Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, berkata krisis politik Negeri Sembilan akan diselesaikan melalui rundingan politik, selepas 14 ADUN BN tarik sokongan terhadap MB Aminuddin Harun.

Page 14 of 17
Banner lekat mudah alih Pickt — logo, tagline dan butang CTA