Suri Rumah Sepang Dipertuduh Siar Dakwaan Palsu Kenaikan Harga Minyak
Suri Rumah Sepang Dipertuduh Siar Dakwaan Palsu Kenaikan Minyak

SEPANG, 30 April — Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesi di sini hari ini atas pertuduhan membuat kandungan palsu berkaitan kenaikan harga minyak di negara ini melalui media sosial.

Pertuduhan Terhadap Siti Nor Sayikilla

Siti Nor Sayikilla Mohd Azhar, 31, dituduh dengan sengaja mencipta dan memulakan penghantaran komunikasi palsu pada 31 Mac dengan niat untuk mengganggu orang lain, menggunakan akaun @cek_apple95 di Threads.

Menurut kertas pertuduhan, siaran itu dikesan oleh pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada hari yang sama.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, serta denda tambahan RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Mahkamah membenarkan Siti Nor Sayikilla diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jun untuk sebutan dan penyerahan dokumen. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga