PRN Johor laluan untuk bebaskan Najib, dakwa Anwar
PRN Johor laluan bebaskan Najib, dakwa Anwar

LEDANG: Anwar Ibrahim mendakwa Pakatan Harapan (PH) diheret menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana ada pihak mahu kembali berkuasa supaya bekas perdana menteri, Najib Razak, dapat dibebaskan. Pengerusi PH itu berkata, sememangnya tiada keperluan untuk diadakan PRN Johor, namun ia berlaku disebabkan ada pihak beranggapan mereka cukup kuat.

PRN Johor untuk bebaskan Najib

“Pilihan raya tak perlu sekarang, dia paksa juga. Untuk apa? Sekarang kita dah tahu, sebab mereka rasa mereka cukup kuat nak berkuasa kembali seperti dulu, kemudian tentunya nak bebaskan Najib. Saya, bersama rakan-rakan PH diheret terpaksa masuk pilihan raya,” katanya ketika berucap pada ceramah mega PH di DUN Serom, Ledang, malam tadi.

Anwar berkata, PH menyertai PRN Johor bagi memastikan kestabilan politik menerusi kerjasama yang baik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. “Saya nak jamin negara ini stabil, kerjasama Johor dengan PH, kerajaan persekutuan baik dan kita tumpu angkat martabat anak-anak negeri Johor. Negeri ini bukan miskin. Malaysia bukan miskin,” katanya.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Anwar sedia undur jika pengganti lebih baik

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau sedia berundur sekiranya pihak yang mahu menggantikannya mampu menjalankan tugas lebih baik, termasuk ‘tidak mencuri wang negara dan menghentikan amalan rasuah’. “Kalau mahu jaga negara, nombor satu, ketua-ketuanya mesti betul. Kalau kaki curi, tak boleh. ‘They want to control back the country’. Okay. Tapi kalau kawal untuk apa? Ada dia cerita, kita mahu satu negara yang lebih bersih. ‘No corruption’.

“Kalau ‘much better team’ (daripada PH) saya ‘salute’, silakan. Tapi, kalau yang saya kenal, no way! Tak boleh, jahanam, ini negeri,” katanya.

Kritik pemimpin sombong tolak DAP

Beliau turut mengingatkan pemimpin tertentu supaya tidak sombong dengan memberi alasan menolak kerjasama dengan DAP. “Saya (PM) PH lawan PAS, tapi pilihan raya di Kelantan, PAS menang. Saya pergi Kelantan, saya mesyuarat dengan menteri besar PAS, mesyuarat dengan menteri besar Kedah, Terengganu, itu baru demokrasi sebenar. Panggil semua mesyuarat pembangkang, itu cara kita. Tak boleh sombong, tak suka DAP sebab dia Cina. MCA bukan Cina ke?” soalnya.

Persoal tarikh PRN menyusahkan pengundi

Sementara itu, Anwar turut mempersoalkan tarikh PRN Johor yang diadakan pada pertengahan bulan kerana berisiko menyukarkan pengundi luar pulang memilih. Susulan itu, beliau yang juga perdana menteri menyeru penyokong dan pengundi PH yang berada di luar Johor, termasuk di Singapura, pulang menunaikan tanggungjawab, Sabtu ini.

Menurutnya, beliau memahami peratusan keluar mengundi pada PRN lazimnya rendah kerana mereka yang bekerja di luar negeri enggan pulang. “Ini pilihan raya bagi susah orang mengundi. Patut pilihan raya bagi orang senang mengundi. Tapi ini kenyataan,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga