Kerajaan tubuh pusat transit pekerja asing untuk kurangkan kesesakan lapangan terbang
Kerajaan tubuh pusat transit pekerja asing

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan penubuhan pusat transit pekerja asing bagi menempatkan sementara mereka yang baru tiba di negara ini sebelum diambil majikan, kata Menteri Sumber Manusia R Ramanan.

Langkah kurangkan kesesakan di lapangan terbang

Ramanan berkata, pusat transit itu bertujuan mengurangkan kesesakan di lapangan terbang selain memastikan pekerja asing diserahkan kepada majikan yang memohon, bukan terus keluar dan bekerja dengan pihak lain.

“Ini adalah untuk menyelesaikan beberapa isu, antaranya kesesakan di lapangan terbang. Kita juga mahu pastikan majikan yang memohon adalah majikan yang mengambil mereka. Kita tak mahu mereka terus keluar dari lapangan terbang, sepatutnya pergi kepada majikan A tetapi pergi kepada B atau C.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Ia bukan pusat tahanan, tetapi pusat transit. Mereka hanya ditempatkan sementara sebelum diambil majikan,” katanya dalam sidang media khas di Wisma HRD Corp.

Lokasi pusat transit masih dalam penelitian

Beliau berkata, kementerian sedang meneliti lokasi paling sesuai bagi pusat transit itu dan buat sementara waktu, mungkin menggunakan bangunan sementara sebelum kemudahan tetap diwujudkan.

Dalam perkembangan lain, Ramanan berkata Jemaah Menteri pada 1 Julai turut bersetuju meletakkan Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing (OSC) di bawah Kementerian Sumber Manusia berkuat kuasa serta-merta bagi memperkemas tadbir urus pengurusan pekerja asing.

KDN kekal kuasa tapisan keselamatan dan permit kerja

Bagaimanapun, beliau menjelaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kekal sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab membuat tapisan keselamatan serta mengeluarkan pas dan permit kerja pekerja asing.

“Aspek keselamatan adalah keutamaan. Kuasa meluluskan pengeluaran pas atau permit kerja kekal di bawah KDN. Setiap kementerian mempunyai peranan masing-masing,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga