PETALING JAYA: Ketua penerangan Bersatu Melaka, Hishamuddin Abdul Karim, memaklumkan beliau telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, berhubung kenyataan yang didakwa tidak beradab.
Surat tuntutan diterima
Hishamuddin memberitahu FMT bahawa LOD daripada Afnan itu diterima pada Isnin. “Kandungan surat tersebut sedang saya teliti dengan sewajarnya dan sebarang maklum balas akan diberikan secara profesional dalam tempoh yang ditetapkan serta melalui saluran yang lebih rasmi, profesional serta mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya kepada FMT.
Kenyataan di Facebook
Sebelum ini, Afnan memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Hishamuddin berhubung suatu kenyataan di Facebook, yang antara lain menyebut nama bapa Afnan, iaitu Taib Azamudden Md Taib, bekas imam besar masjid negara. Hishamuddin kemudian menurunkan kenyataan tersebut.
“Saya juga telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka sebagai tanda tanggungjawab dan itikad baik,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram. Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.



