Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, takut hak imigresen terhakis
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, bimbang hak imigresen terhakis

KOTA KINABALU, 13 Mei — Kerajaan Sabah memutuskan untuk menangguhkan dasar dan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) sehingga mendapat jaminan bahawa langkah itu tidak akan menghakis kuasa dan autonomi imigresen khas negeri ini.

Autonomi imigresen Sabah dan Sarawak tidak boleh dirunding

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan bahawa autonomi imigresen Sabah, bersama-sama dengan Sarawak, adalah tidak boleh dirunding kerana ia merupakan sebahagian daripada jaminan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Perlu ditegaskan bahawa autonomi imigresen bagi Sabah dan Sarawak tidak boleh dirunding kerana pelaksanaan pembentukan Malaysia di bawah MA63 tertakluk kepada peruntukan autonomi yang diberikan kepada kedua-dua negeri.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Ini menjamin perlindungan perlembagaan untuk memastikan kedudukan Sabah kekal terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kabin Sabah kaji isu pelaksanaan AKPS

Hajiji berkata, Kabinet Sabah telah meneliti isu-isu berkaitan pelaksanaan AKPS di negeri ini dan mendapati terdapat elemen yang berpotensi mencairkan kuasa imigresen dan hak istimewa Sabah melalui rangka kerja perundangan dan struktur operasi agensi tersebut.

Di bawah pengaturan yang dicadangkan, AKPS akan mengambil alih peranan yang kini dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Sabah di pintu masuk negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri tidak akan mempunyai kuasa langsung ke atas agensi itu, kecuali melalui pengarah Imigresen Sabah seperti yang diperuntukkan di bawah Subseksyen 6(3) Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 (Akta 860).

“Selain itu, kerajaan Sabah juga telah mengenal pasti ketidakselarasan antara Akta 860 dan Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155], yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan tugas penguatkuasaan di pintu masuk Sabah,” tambahnya. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga