Isu pekerja asing: Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, Zahid pengerusi
Isu pekerja asing: Mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan

PUTRAJAYA, 26 Jun — Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing, termasuk dalam sektor makanan dan minuman (F&B), akan diadakan seawal minggu depan dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil.

Keputusan Kabinet

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan isu berkaitan pekerja asing dapat diurus dan diselesaikan secara menyeluruh.

“Kabinet telah memutuskan mesyuarat jawatankuasa itu akan diadakan seawal minggu depan dan dipengerusikan oleh Ahmad Zahid bagi memastikan isu-isu ini dapat diurus dan diselesaikan.”

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

“Jadi bagi sektor-sektor yang sedang membangkitkan isu ini, terutamanya buruh asing, kita akan tunggu mesyuarat yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Cabaran sektor tertentu

Beliau berkata kerajaan memahami bahawa sektor-sektor tertentu kini berdepan cabaran berkaitan keperluan tenaga kerja, khususnya melibatkan pekerja asing. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga