Pemandu Lori Positif Met, Remuk Honda City dekat Karak, Bayi Maut
Pemandu Lori Positif Met, Remuk Honda City, Bayi Maut

KUANTAN, 15 Jun — Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di KM43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) semalam didapati positif dadah.

Ujian Saringan Positif Met

Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk ujian saringan air kencing sebaik sahaja menerima rawatan di hospital.

“Keputusan ujian saringan mendapati lelaki itu positif methamphetamine, dan dia ditangkap kira-kira jam 4 pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Terdahulu, dilaporkan juga bahawa pemandu lori itu mempunyai 15 saman lalu lintas atas rekod.

Kronologi Kemalangan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang semalam, sebuah treler yang membawa muatan habuk besi terbalik dan menghempap sebuah Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 55 tahun, dengan tiga penumpang berusia antara satu hingga 58 tahun di dalam kenderaan itu.

Bayi perempuan berusia setahun antara yang maut dalam nahas tersebut. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga