Kecurian kabel jejas perkhidmatan ETS dan KTM Komuter di utara
Kecurian kabel jejas ETS dan KTM Komuter di utara

Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) iaitu ETS dan KTM Komuter di laluan utara mengalami kelewatan sehingga 107 minit berikutan insiden kecurian kabel.

Dalam satu kenyataan, KTMB memaklumkan bahawa kecurian kabel berlaku pada KM95.8 di landasan antara Sungai Siput dan Kamunting di Perak, menyebabkan masalah isyarat bagi kedua-dua perkhidmatan tren tersebut.

“Laluan ini dijangka mengalami kelewatan lebih daripada 60 minit daripada jadual asal. “Kemaskini mengenai perkhidmatan akan diberikan dari semasa ke semasa. Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami,” kata kenyataan itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Menurut KTMB, tren KTM Komuter 2901 mengalami kelewatan selama 107 minit, manakala tren lain mengalami kelewatan antara empat hingga 84 minit. Bagi perkhidmatan ETS, tren mengalami kelewatan antara 50 hingga 85 minit.

Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih awal dan mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi KTMB.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga