KUALA LUMPUR, 12 Mei — Papan Pemantau Krisis Bekalan Global (Global Supply Crisis Monitoring Dashboard) yang dibangunkan bersama oleh Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia dijangka boleh diakses oleh orang ramai mulai 15 Mei, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Fungsi Papan Pemantau
Beliau berkata papan pemantau itu bertujuan menjadi pusat rujukan utama yang telus dan mudah diakses bagi orang ramai untuk memantau perkembangan terkini berkaitan krisis bekalan global.
“Papan pemantau awam mengandungi 10 submenu utama, termasuk tenaga, komoditi, kos sara hidup, prestasi ekonomi, kadar pertukaran asing dan aliran perdagangan,” katanya semasa Taklimat Krisis Bekalan Global hari ini.
Versi Kerajaan
Pada masa sama, beliau berkata versi khusus kerajaan akan digunakan sebagai platform pemantauan dalaman untuk menilai perkembangan krisis, mengenal pasti risiko awal, dan merangka strategi mitigasi serta tindakan secara lebih berstruktur berdasarkan data hampir masa nyata.
Beliau berkata inisiatif ini menandakan peralihan penting dalam cara kerajaan mengurus krisis dengan menggunakan data hampir masa nyata untuk mengesan tekanan awal, menyelaraskan respons, dan memberikan maklumat yang lebih jelas kepada orang ramai.
Masih ada lagi berita.



