Lorong Pintar Bandar Saujana Putra-Putra Heights Ditutup Lima Bulan
Lorong Pintar Saujana Putra-Putra Heights Ditutup Lima Bulan

KUALA LUMPUR, 3 Julai — Lorong Pintar dari Bandar Saujana Putra ke Putra Heights (arah Utara) di KM15.9 hingga KM13.9 Lebuhraya North-South Expressway Central Link (ELITE) akan ditutup sementara selama kira-kira lima bulan bermula Isnin, 6 Julai, hingga 3 Disember 2026.

Kerja Penyelenggaraan untuk Keselamatan Pengguna

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan sementara itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk menambah baik infrastruktur lebuh raya dan memastikan keselamatan pengguna lebuh raya.

“Sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan, tiga lorong sedia ada di bahagian yang terjejas akan kekal dibuka untuk mengekalkan aliran trafik dan mengurangkan gangguan lalu lintas kepada pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Nasihat kepada Pengguna Lebuh Raya

PLUS juga menggalakkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka menggunakan aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini dan mematuhi semua papan tanda lalu lintas serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS semasa melalui zon pembinaan.

Untuk kemas kini trafik, pengguna juga boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, X@plustrafik, papan tanda mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih atau menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan. — Bernama

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga