JPJ Negeri Sembilan keluarkan 46,384 notis kesalahan jalan raya
JPJ NS keluarkan 46,384 notis kesalahan jalan raya

Seremban: Sebanyak 46,384 notis pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan hasil pemeriksaan ke atas 137,917 kenderaan menerusi Ops Khas Pengarah yang dilaksanakan dalam tempoh Januari hingga 30 April lepas.

Statistik Pemeriksaan dan Tindakan

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Jasyindar Singh Sihdu, berkata daripada jumlah kenderaan yang diperiksa, sebanyak 18,874 kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau menambah, menerusi operasi itu juga sebanyak 40,501 motosikal diperiksa dan daripada jumlah itu, 5,273 motosikal dikenakan tindakan.

“Sepanjang tempoh tersebut, kesalahan bagi kategori pelesenan kenderaan mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 15,881, diikuti kesalahan teknikal (13,577) dan pelesenan pemandu (8,717),” katanya pada sidang media di Pejabat JPJ Negeri Sembilan.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Kenderaan Disita

Dalam operasi tersebut, sebanyak 479 kenderaan turut disita membabitkan 177 motosikal, 146 kereta, dan 156 lain-lain kenderaan. Jasyindar juga memaklumkan bahawa pihaknya menyita 188 kenderaan mewah bermula tahun lepas hingga April tahun ini, dengan kenderaan jenis BMW paling banyak disita iaitu sebanyak 47 buah, diikuti Mercedes Benz (45), Toyota Alpard atau Vellfire (24), dan Porsche (10).

“Individu yang ditahan antaranya bergelar datuk, usahawan, dan golongan profesional, melibatkan kesalahan tidak membayar cukai jalan,” katanya.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga