Bursa Malaysia ditutup rendah, ikut sentimen serantau lemah
Bursa Malaysia ditutup rendah, ikut sentimen serantau lemah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi lemah pasaran serantau, apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati berikutan kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak global dan inflasi.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut sebanyak 5.36 mata, atau 0.30%, kepada 1,740.22 berbanding 1,745.58 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras itu, yang dibuka 2.11 mata lebih tinggi pada 1,747.69, kemudiannya bergerak di antara 1,735.51 dan 1,748.85 sepanjang hari.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Suasana pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 814 berbanding 427, manakala 581 kaunter tidak berubah, 906 tidak didagangkan, dan 47 digantung.

Jumlah dagangan adalah lebih tinggi sedikit pada 3.92 bilion unit bernilai RM3.46 bilion berbanding 3.91 bilion unit bernilai RM3.22 bilion pada Khamis.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga