Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Isnin berikutan minat baharu yang timbul apabila Malaysia dilihat mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan pusat data kerana reputasinya sebagai hab yang strategik dan selamat, selepas pendapatan lebih kukuh daripada jangkaan gergasi cip AS, Intel Corp.
Pada pukul 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.33 mata kepada 1,724.67 berbanding penutup Jumaat lalu pada 1,720.34.
Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota berkata bahawa walaupun rundingan AS-Iran yang dirancang di Pakistan tidak mungkin diteruskan, Malaysia kekal berada dalam kedudukan baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan pusat data.
"Trend ini berkemungkinan menarik lebih banyak penyedia perkhidmatan awan (CSP) besar yang menawarkan perkhidmatan pengkomputeran berprestasi tinggi, storan dan pengurusan data yang sangat berskala kepada perusahaan.
"Ini terutama ketara selepas prestasi pendapatan Intel yang mengatasi jangkaan baru-baru ini," katanya dalam nota hari ini.
Indeks penanda aras itu sebelum ini memulakan sesi 4.13 mata lebih tinggi pada 1,724.47.
Masih banyak lagi akan menyusul.



