KUALA LUMPUR, 14 Jun — Polis sedang mendapatkan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai meninggalkan sebuah sekolah tahfiz di Ulu Kelang, Ampang pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid berkata, pihak guru di sekolah tersebut mendapati Muhammad Daniel Azizan Abdullah hilang dan menghubungi ibunya pada jam 8.15 malam Jumaat.
Beliau berkata, remaja itu mempunyai ketinggian kira-kira 175 sentimeter, berat 65 kilogram dan berkulit cerah.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai keberadaannya diminta menghubungi pegawai penyiasat, Insp Nur Alia Dyana Raimi di 017-6515201, atau pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di 03-42897222, atau balai polis berhampiran. — Bernama



