Met Malaysia keluarkan nasihat tsunami di Sabah
Met Malaysia nasihat tsunami di Sabah

Met Malaysia keluarkan nasihat tsunami di Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) telah mengeluarkan nasihat tsunami di beberapa kawasan pantai di Sabah berikutan gempa bumi kuat yang melanda Mindanao, Filipina pada pagi ini. Menurut kenyataan rasmi, tsunami dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Met Malaysia menasihatkan penduduk di kawasan pantai tersebut untuk segera menjauhi pantai dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan. "Penduduk kawasan pantai tersebut dinasihatkan untuk menjauhi kawasan pantai serta mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan. MET Malaysia akan mengeluarkan makluman lanjut apabila terdapat maklumat tambahan mengenai kejadian ini," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Met Malaysia melaporkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Sabah susulan gempa bumi kuat yang melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi. Gegaran dirasai di Tawau, Semporna dan kawasan sekitarnya. Agensi berita Xinhua memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC) melaporkan gempa bumi berkekuatan 7.9 pada skala Richter melanda kawasan kepulauan Filipina.

Banner lebar Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif untuk Telegram

Pusat Amaran Tsunami Pasifik dalam notis memaklumkan tsunami berkemungkinan berlaku dalam tempoh tiga jam akan datang di kawasan pesisir Filipina, Indonesia, Palau, Taiwan dan Papua New Guinea. Jepun turut mengeluarkan amaran tsunami bagi beberapa kawasan pesisir pantai Pasifik, dengan menjangkakan ombak setinggi sehingga satu meter akan melanda pelbagai wilayah mulai 11.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia).

Met Malaysia menegaskan akan terus memantau situasi dan mengeluarkan makluman terkini dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi.

Banner selepas artikel Pickt — aplikasi senarai beli-belah kolaboratif dengan ilustrasi keluarga