KUANTAN, 14 Mei — Lapan kanak-kanak lelaki berusia antara empat hingga 12 tahun mengalami detik cemas hari ini selepas terperangkap oleh arus deras di Sungai Mensun di perkampungan Orang Asli Kampung Terisu, Cameron Highlands.
Operasi menyelamat
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.10 petang berhubung kejadian itu.
Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Cameron Highlands bergegas ke lokasi dan tiba di sungai setengah jam kemudian.
“Pasukan melancarkan operasi menyelamat dengan menggunakan tali untuk menyeberangi sungai dan memindahkan semua mangsa ke tempat selamat dari batu-batu tempat mereka terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kejayaan menyelamat
Kesemua kanak-kanak itu berjaya diselamatkan pada pukul 7.58 malam dan diserahkan kepada keluarga masing-masing, tambah beliau. — Bernama



